sahabatku :))

Monday, August 8, 2011

Imam Al-Ghazali brpesan kpd anak lelakinya:" Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebajikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
~teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinyaa teringat akan kematian.

insyallah semoga saya mendapat sahabat seperti ini.
anda bagaimana pula?:))




albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

No comments:

Post a Comment

apa yang anda rasa tersirat dihati luahkan :)