Setahun telah berlalu, blog tidak langsung di sentuh mungkin faktor kemalasan atau ada peristiwa yang berlaku. Insyallah lepas ini merajinkan diri nak update, tak selalu pun tapi adalah juga nak di kongsikan. Moga bermanfaat untuk kalian. Ada tak yang merinduiku?* cewah ingat retis ke. Hehehe...
Alhamdulilah sekarang ini dah selamat menjejakkan kaki di bumi semenanjung. SELAMAT TINGGAL bumi borneo, tanah yang mengajarku berdikari, kuatkan iman, persahabatan dan yang penting tamat pengajian ijazahku di sana. *YEAH!!!
Perasaan selama empat tahun di sana memberi banyak makna tersirat dan tersurat. Awan biru tak dapat dilihat selalu selepas ini. Rindu kot bila teringat moment awan comel di atas, bilalah dapat merasainya lagi.
Doakanku,
Moga ketemu lagi.
---------------------------------------------------------------------------------------
Ku bisikkan pada angin berlalu
Membawa pergi rindu membara
Ku lakarkan cinta pada langit
Bertintakan awan