sahabatku :))

Tuesday, July 31, 2012

Friday, July 27, 2012

RAHMAT RAMADHAN

Alhamdulilah ramadhan sudah masuk seminggu. Its jumuah (:
Hari rahmat dalam bulan ramadhan.
Kongsi sedikit doa untuk bulan ramadhan yang Rasulullah mengajar kepada Saidatina Aishah ra.


Bermaksud:

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Mu akan keredhaan dan Syurga Mu, dan kami berlindung dengan Mu daripada kemurkaan Mu dan azab neraka Mu.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha mulia serta sangat menyukai kemapunan, maka ampunkanlah kami, dan ampunkan juga kedua ibu bapa kami dan seluruh orang Islam lelaki dan perempuan dengan rahmat Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihan daripada segala yang mengasihani.

*istiqamah membuat ibadahnya.INSYALLAH ;)

Wednesday, July 25, 2012



"Truly, God does not change the condition of a people until they change what is in themselves." (Quran 13:11)

Wednesday, July 18, 2012

perjalananmu masih jauh



Alhamdulilah praktikalku sudah mencecah masuk minggu ke empat. Subhanallah rasa macam cepat masa berlalu dengan pantasnya. Ramadhan pun hampir tiba sekurang-kurangnya lagi 3 hari lagi, semoga ALLAH dapat memanjangkan usiaku.AMIN :)

Pengalaman yang paling seronok. Kali kedua dapat melihat penyu dengan izinNYA. Bila memikirkan bagaimana kehidupan anak penyu ini selepas ditinggalkan ibunya bersama saudaranya yang ramai, Kenal ke antara ibu dan anak?atau antara saudaranya sendiri.SUBHANALLAH! semua ini kuasa ALLAH untuk mengaturkan makhluk dibumiNYA. KUN FAYAKUN *jadi,maka jadilah.

Terkedek-kedek melihat anak penyu ini berjalan di atas pasir menuju ke gigi air untuk menyelamatkan diri daripada pemangsanya. Berenang dengan sendirinya, tiada bimbingan daripada ibunya tetapi masih berusaha untuk berdikari. Mampukah diriku menjadi sepertinya dengan tiada bimbingan oleh seseorang. Tidak mungkin tapi ALLAH masih bersamaku. Jadikan semangat anak penyu ini sebagai contohnya. Teruskan kehidupan ini dengan memperbanyakkan ilmu dan beramal kepadaNya. 
Moga semua anak penyu yang sudah dilepaskan dapat menyusuri kehidupan laut disana. Perjalananmu masih jauh untuk mencari pengalaman suka duka. SEE YOU AGAIN #baby turtle. :')


"HIDUP UMPAMA AISKRIM,NIKMATILAH IA SEBELUM CAIR"

Saturday, July 14, 2012




senyum manusia itu,hanya Tuhan yang tahu ertinya. 
senyum itu memang menzahirkan ceria, 
namun untuk kebanyakan waktu, 
senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

#SEBARKAN CINTA-MU

p/s: lagi 5 minggu untuk menghabiskan internshipnya.moga dipermudahkan
RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR