sahabatku :))

Sunday, August 28, 2011

SALAM SYAWAL

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah usiaku masih panjang lagi untuk meneruskan kehidupan ini.syukur kepada Allah walaupun
 nikmat kesihatannya tidaklah berapa baik sangat.Syafakallah moga sihat dihari mendatangnya.:)

apa-apa pun bulan ramadhan akan berakhir tidak lama lagi.
cepat betul masanya berlalu.
dan bulan syawal akan menanti.merupakan hari kemenangan pada para muslim yang menjalankan ramadhannya dengan penuh tawadhu' dan keinsafannya.semoga amal ibadahnya diterima.dipesan diri ini supaya istiqamah membuat ibadahnya bukan mengikut waktu sahaja.Amin~

akhir kata.
saya SYAHIDATUL ATIQAH AB RAHHIM 
ingin memohon maaf kepada
keluarga,umiayah,adik beradik,sanak-saudara dan sepupuku
*maafkan silap salah alang dan halalkan semuanya

kepada guru-guruku dan sahabat-sahabat semasa di sekolah rendah,menengah,tuisyen,matrik dan universiti
*saya minta maaf jika terkasar bahasa,tersakitkan hati anda semua,halalkan semua ilmu yang diajarnya,halalkan makan minum sekali. n_n

tidak dilupakan juga kepada sahabat di FB,blogger dan ym
maaf dipohonkan (~^)v
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN



p/s :berhati-hati pulang ke kampung :D

Tuesday, August 23, 2011

syukur dan sabar

PERKATAAN YANG BERBEZA DARI SEGI EJAAN TETAPI MEMPUNYAI KESAMAAN DI DALAM SIFAT KEIMANAN SESEORANG ITU IAITU:
SYUKUR DAN SABAR.

JIKA BERLAKU PADA DIRIMU
PASTI AKAN TERDETIK DI HATIMU UNTUK MERASAINYA.

JIKA BERLAKU PADA DIRIMU
HANYA DIRI INI YANG MENGERTI.

JIKA BERLAKU PADA DIRIMU
ORANG SEKELILING HANYA MEMANDANG SAHAJA.

JIKA BERLAKU PADA DIRIMU
YANG BERSAHABAT PASTI MEMBERI KATA HIKMAH.

APAKAH DAYA UNTUK MENOLAK TAKDIR
HANYA MAMPU UNTUK BERSABAR DAN BERSYUKUR.
INSYALLAH~:))



sabar adalah gerbang segala kebaikan dan separuh daripada iman.
“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar”. 
(QS. Al-Anfal : 46)

syukur dengan apa yang diperolehinya.
Dan ingatlah taktala Tuhanmu berjanji kepadamu:
"sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah nikmatmu kepadamu"



Saturday, August 20, 2011

Tersenyumlah kepada sesiapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka.
Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu.
Dan rendahkan hati kepada mereka nescaya mereka akan menghormati anda :)

Friday, August 19, 2011

The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart...(:



Thursday, August 18, 2011

BILIK KAUNSELING

di waktu petang semasa si matahari mula menampakkan wajahnya ke atas langit*terik.
dan kereta bergerak untuk ke destinasinya.
si umi menghantar anak-anak kecilnya ke sekolah petang.
anak kecilnya mula membuka mulut.

anak kecik 1:  umi..umi.cia kan nk gi bilik kauseling nnt la~

UMI: eh! nk bt apa kat sana?

anak kecik 1: cia nk jmpe cikgu,nk bgth yg kak chik ckp cia gemuk ~,~

UMI: hehehe:DD *tersengeh dan tergelak dbuatnya. cia mn blh nk report mcm tu kat cikgu. kak chik dgr tak   apa yg cia ckp tu?

anak kecik 2: *dgn muka selambanya.ler~ckp la.achik x ksah pon.:P

anak kecik 1 : btol nie.nnt sok skola cia prgi tau.nnt biar cikgu pngil kak chik.

UMI : *tersengih je si uminya.udah2..cia blik kauseling tu klau sapa yg ada mslah je.mcm bdk tu x pndai      matematik k.br la blh prgi ke sn.ah~cia mcm tu k?

anak kecik 1: emm..oh gtu yeh.eh2 mn ad.tak jd la klau mcm tu ;D

anak kecik 2 : hahahaha :DD

UMI : geleng-geleng kepala smbil tersnym.

~THE END~





Wednesday, August 17, 2011

i do very best in ramadhan.
stay 12 days to go~


.
.
.
.
..
..
..
but
.
.
.
.
..
..

I have to say sayonara after 26 days :'(







Tuesday, August 16, 2011

letter~

To : Syabab

Marry me,
If I make you love Allah more.

Left me,
If I make you loves me more than Allah

From : Girl


Friday, August 12, 2011

al-fatihah

kehilangan~AlFatihah buat sahabat dan adik kita adik Mohamad Afez, My Soff02 yang telah menghadap Ilahi .
Semoga pemergian beliau di bulan yang mulia ini di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.amin~

 berita selanjutnya.

Wednesday, August 10, 2011

kejayaan tidak akan bergolek

syukur alhamdulilah Allah memberi hamba ini untuk menghirup udara utk menempuh ramadhan kareem yg kesepuluh hari ini.

coretanku ini mungkin pesanan utk diri yg kerdil ini.bila difikir balik sem baru akan bermula tak lama lg dlm sebulan kot.sekejap je masa berlalu sebelum cuti menghitung harinya terlalu banyak tp sekarang tdk disangka masa berlari utk meninggalkan cuti.

tanyakan diri ini apa yg sudah dilakukan utk mencapai kejayaan yg hendak diperolehinya.*tuk-tuk hati apa jawapannya.



Tuesday, August 9, 2011

Flowers of true FRIENDSHIP 
never gives up ,
it is a promise made forever .
It brings such happiness
to the heart and mind
and makes every dreams
come alive

teman yang banyak boleh diibaratkan seperti
perpasir di pantai 
TETAPI 
teman yang satu adalah
mutiara di antara perpasir itu :)






albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

Monday, August 8, 2011

Imam Al-Ghazali brpesan kpd anak lelakinya:" Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebajikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • jika engkau rapatkan persahabatan denganya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
~teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinyaa teringat akan kematian.

insyallah semoga saya mendapat sahabat seperti ini.
anda bagaimana pula?:))




albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

Saturday, August 6, 2011

Hikmah Bulan Mulia

Di bulan Ramadhan yang mulia 
Kurniaan rahmat Allah berganda 
Diampun segala dosa-dosa 
Dihindari azab siksa 

Berpuasa, bersedekah dan bermujahadah 
Beriktikaf, bertadarus banyakkan amalan 

Ramadhan bulan yang penuh berkah 
Anugerah Allah untuk semua 
Dibuka setiap pintu syurga 
Ditutupi pintu neraka 

Kerahmatan, keampunan dan keredhaan 
Keikhlasan, ketulusan dan keharmonian 
Keimanan, ketaqwaan serta kehambaan 
Menyubur, membangun hidup yang sempurna 

Ramadhan menghampar kedamaian 
Kembali kegembiraan insan 
Di siang berpuasa malam beribadah 
Penuh kesyahduan bertemu ketenangan 
Dengan airmata tangis kekesalan 
Menginsafi diri semua manusia sama tak berbeza 

Pabila terdengar gema takbir 
Diiring alun suara tahmid 
Mengusik keheningan nur Syawal 
Bersemarak hari raya 

Keriangan, keceriaan dan kegembiraan 
Pengorbanan, pengabdian telah dibuktikan 
Kemenangan, kejayaan menempuh dugaan 
Yang amat bermakna untuk diraikan 

Semaikan sifat berkasih sayang 
Kepada insan tak berupaya 
Hulurkanlah bantuan pada yang memerlukan 
Sebagai petanda nikmat persaudaraan 

Tiap pemberian pasti ada ganjaran 
Itulah hikmahnya kita berhari raya 
Usah diragui pada rezeki Tuhan 
Apa yang diberi dirasai bersama 
Bersyukurlah

Friday, August 5, 2011

Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Mohon dijauhkan kami dengan apa yang tidak mampu kami menanggungnya. Kami berlindung dengan-Mu dari dosa-dosa kami, apa yang terlintas di hati kami, hasutan syaitan dan nafsu dalam diri kami, kami berlindung dengan-Mu ya Allah daripada apa yang diketahui dan tidak.

Sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar doa hamba-Mu. Kepada-Mu kami berharap permintaan kami diperkenankan, dosa dan kesalahan kami diampunkan.
Perkenanlah doa kami ya Allah.


albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

Thursday, August 4, 2011

insyallah (:


اللهم حاسبني حسابا يسيرا
                                                                                
  
Allahumma haasibni hisabany yasira

           "Ya Allah, Kau hisablah aku dengan hisab yang mudah"

ameen~:))



albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 

Kita Bercinta di Syurga Ya


Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.
Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.
"Abang nak dengar lagu ape?"
Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.
"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.
"Tajuk pe lagu tu?"
"Err.. Ade la.. Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."
Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.
Mekar di taman hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..
"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.
"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.
"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."
Sayang tak tunggu kat radio?
"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."
"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.
Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.
Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia. 
"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.
"Sayang pulak camna?"
Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.
"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."
"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.
"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."
"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.
"Tak dah!"Balas Izyani.
"Sebab?"
"Sebab tak sedey laa..." ^_^
"Oo.. kenakan abang ye.."
"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."
Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.
"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..
"Ameen.."Balas Izyani.
Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.
"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.
"Ya Allah!!"
Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.
Dammmmm!!
Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.
----
Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?
Mustahil?
Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..
Artikel iluvislam.com



albina nadak'SALAM ukhwah fillah'

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"